Membawang Hari Ini

“Sebelum Sembang Oscar, Apa Kata Orang Atasan Finas Turun Padang Dulu…”

PELAKON Tony Eusoff berkongsi pendapatnya di Twitter mengenai kenyataan dikeluarkan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abd Hamid yang ingin membawa industri perfileman tanah air sehingga ke peringkat Anugerah Academy atau Oscar.

Tony dihubungi berkata dia menulis ciapan di platform media sosial itu tanpa niat untuk menghentam mana-mana pihak, sebaliknya bagi membuka mata seluruh penggiat industri seni untuk melihat pelbagai isu dalaman yang perlu diperbaiki, sebelum bercita-cita nak pergi lebih jauh.

“Nak cakap kejar Oscar, memang senang, tapi bagaimana kita nak merealisasikannya? Sebelum nak capai sesuatu, terangkan dan bentangkan, bagaimana caranya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, perkara utama adalah pelbagai isu dalaman perlu ditangani sebaik mungkin bagi memastikan sistem yang menjadi asas kepada industri seni tanah air dapat diperkukuhkan.

“Banyak lagi isu yang perlu ditangani. Dalam pada industri kita berdepan pelbagai isu, tukar ‘orang’ pula dan orang yang nak buat sesuatu kerja, tak kesampaian.

“Kalau saya nak sebut satu persatu isu, memang banyak sangat. Salah satunya, kebajikan pekerja seni pun ada yang tidak terbela. Kontrak kerja pula ada yang berat sebelah dan tidak dihormati.

“Saya tak salahkan mana-mana pihak, tapi sistem dan regulasi perlu diperkasakan lagi. Semua pihak harus bersama-sama menjalankan tanggungjawab kita,” katanya.

Di Twitter, Tony menyeru supaya pihak atasan Finas turun padang dan melihat sendiri kerja keras pekerja-pekerja seni termasuklah pelakon.

“Sebelum sembang Oscar, apa kata orang atasan Finas turun padang dulu, tengok keadaan ‘shooting’ macam mana. Periksa bahagian ‘wardrobe’, tengok baju-baju itu artis punya atau produksi yang sediakan,” katanya.

Diminta mengulas mengenai perlantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta ahli perbadanan baru Finas, Tony hanya berkongsi harapannya untuk industri.

“Saya tak cukup kenal atau tahu menahu mengenai mereka untuk berikan komen. Apa pun, saya harap, sesiapa yang dilantik akan mendengar suara orang-orang bawahan. Kita sama-sama cari penyelesaian untuk pelbagai isu dalaman kerana perkara ini adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");