Berita Hari Ini

Selangor Rekod Cubaan Rentas Negeri Paling Tinggi

KUALA LUMPUR – Selangor mencatatkan sebanyak 317 kes cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ia diikuti Melaka (89) dan Kedah sebanyak 80, kata Menteri Kanan Kluster Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, sebanyak 738 kenderaan melakukan cubaan merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung dan mereka telah diarah berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbanding 1,243 pada hari sebelumnya.

“Semalam PDRM telah menahan 65 individu, yang mana 57 individu telah direman dan lapan individu dijamin atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“PDRM turut mengeluarkan kompaun kepada 387 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB,” katanya pada sidang media harian perkembangan terkini Covid-19 hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memaklumkan daripada 102 kompaun yang dikeluarkan di balai polis yang mana 31 kompaun adalah atas kesalahan ziarah Aidilfitri.

Ujarnya, 285 kompaun dikeluarkan di lapangan yang mana 194 dikeluarkan di Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Justeru, semua pihak diingatkan supaya mematuhi SOP dan peraturan yang telah ditetapkan. Kerjasama dan kawalan kendiri daripada anda semua amat penting dalam memerangi pandemik Covid-19 ini.

“PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mencuba merentas negeri tanpa kebenaran, termasuk mengenakan kompaun,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");