Berita Hari Ini

Selepas dikuarantin, pelajar positif Covid-19 apabila tiba di Sabah

Dua pelajar universiti dari Sabah didapati dijangkiti virus Covid-19 walaupun menjalani kuarantin wajib.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.

Kedua-dua pelajar berkenaan adalah antara mereka yang terkandas di universiti masing-masing di semenanjung akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).

Mereka kembali ke Sabah awal bulan ini apabila kerajaan membenarkan penuntut institusi pengajian tinggi kembali ke rumah mereka.

Noor Hisham berkata, siasatan mengenai punca jangkitan itu masih diteruskan.

“Walaupun mereka telah dikuarantin untuk tempoh empat minggu, tetapi ada pendedahan dengan pekerja-pekerja di universiti tersebut.

“Pekerja tersebut keluar masuk universiti. Besar kemungkinan ada pendedahan tersebut. Bagaimanapun Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan,” katanya.

Noor Hisham berkata kakitangan universiti berkenaan juga telah diarah menjalani ujian Covid-19.

Sementara itu, Noor Hisham berkata kluster Covid-19 di Pedas, Negeri Sembilan menyaksikan 20 kes baru dalam tempoh 24 jam setakat tengah hari ini.

Kluster berkenaan yang melibatkan pusat penyembelihan ayam, mempunyai bilangan besar kes aktif Covid-19 daripada semua kluster.

Kebanyakan pesakit adalah warga asing.

Kluster  lain yang menyaksikan kes baru dalam tempoh yang sama adalah Madrasah Solok Duku (2 kes baru), Benus (1), Pasentren (1), Selangor Mansion (1) dan Sendayan (1).

Tiada kes baru dalam tempoh yang sama bagi tiga kawasan PKP dipertingkatkan iaitu di Pusat Bandar Utara dan kawasan pasar borong Kuala Lumpur, Selayang Baru dan pasar Jalan Othman, Petaling Jaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");