Perak Hari Ini

SOP Sepanjang PKPB Lebih Ketat Berbanding PKP

PARIT BUNTAR- Rakyat dinasihatkan agar tidak menganggap negara sudah bersih dan bebas dari wabak Covid-19 selepas kerajaan mengumumkan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai esok.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Parit Buntar, Md Nayan Salleh berkata, keputusan PKPB yang dibuat adalah tepat setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk kehidupan rakyat dan ekonomi negara.

Menurutnya biarpun begitu, PKPB yang dilaksanakan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang cukup ketat berbanding PKP biasa.

“Perlu diingat, negara kita masih lagi belum bebas dari Covid-19 dan masih digazet serta dikawal undang-undang kerana kita tidak mahu jadi seperti negara luar dimana wabak itu meningkat semula selepas kerajaan mengistiharkan negara mereka bebas Covid-19.

“Jika itu berlaku kepada Malaysia nescaya wabak itu susah dikawal sepenuhnya dan kerajaan diharapkan dapat mengkaji semula secara lebih teliti syarat dan tempoh PKPB yang akan dilaksanakan esok,” katanya ditemui media selepas menyampaikan bantuan kotak makanan dari NGO milik Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parit Abas, Kuala Kurau, hari ini.

Tambah beliau, rakyat juga tidak boleh menganggap PKPB sebagai lampu hijau untuk keluar membeli belah beramai-ramai secara sesuka hati dan perlu mengikuti SOP yang disaran kerajaan.

“Bermula esok pihak berkuasa perlu memainkan perananan lebih bagi memastikan rakyat benar-benar mematuhi SOP yang ditetapkan kerana esok pasti ramai orang akan keluar termasuk menyerbu gudang membeli belah dan restoran.

“Begitu juga pengurusan gudang membeli belah dan restoran dimana mereka juga perlu mengukuti SOP ditetapkan seperti mengamalkan penjarakkan sosial dua kali ganda, penyediaan hand sanitizer dan mask serta menyediakan alat pengesan suhu badan. Jika ada tanda-tanda positif, jangan benarkan pelanggan memasuki gudang atau premis.

“Kerajaan dah bagi sedikit kelonggaran kepada kita, jadi rakyat perlulah patuh pada SOP dan arahan yang dikeluarkan agar wabak Covid-19 tidak menular semula,” katanya.

Sementara itu, sumbangan yang diserahkan pada hari ini meliputi sebanyak 100 kotak yang diterima pihak Bersatu Parit Buntar yang mana telah diagihkan kepada 50 penerima di DUN Kuala Kurau manakala 50 lagi di DUN Titi Serong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");