Panasnya Hari Ini

SPRM Sahkan Siasat Kontrak Pemerolehan Diberi KKM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat beberapa kontrak rundingan terus yan dianugerahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata sumber yang dekat dengan kes tersebut.

Menurutnya, kes berkenaan membabitkan proses pelantikan kontraktor untuk setiap pembelian prosedur pemerolehan kecemasan untuk menangani Covid-19.

Bercakap kepada Malaysiakini, pegawai atasan terbabit juga menafikan mesej tular yang mendakwa ada beberapa pegawai ditahan dalam serbuan di KKM semalam.

SPRM juga menggesa orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan membiarkan agensi antirasuah berkenaan melengkapkan siasatan.

“Tolong biarkan SPRM melakukan tugasnya. Penyiasatan sedang dilakukan, dan segala bentuk spekulasi hanya akan menghalang penyiasatan.

“Pada masa yang sama, ia memberi gambaran negatif terhadap organisasi dan individu yang disyaki,” kata sumber.

Menurutnya lagi, SPRM fokus iasatan ialah pada pada proses melantik kontraktor untuk setiap pembelian yang dilakukan di bawah prosedur pemerolehan kecemasan kerajaan.

“Ini untuk memastikan bahawa pelantikan itu dilakukan sesuai dengan undang-undang serta tiada unsur rasuah atau penyalahgunaan kuasa,” kata sumber berkenaan.

Untuk rekod, mengikut garis panduan kerajaan untuk pemerolehan kecemasan, sesebuah kementerian atau agensi dibenarkan membuat pembeliau atau melantik kontraktor bagi menjalankan sesuatu tugas tanpa perlu mengikut prosedur biasa lapor MalaysiaKini.

Sumber itu bagaimanapun enggan mendedahkan secara khusus syarikat-syarikat yang sedang diteliti SPRM, kecuali mengesahkan ada “beberapa” yang sudah dipanggil bagi membantu siasatan mereka.

Antaranya, sebuah syarikat pembinaan yang didakwa mendapat projek pembinaan makmal untuk KKM.

“Pemerolehan kecemasan bukanlah lesen untuk melantik sesuatu kontraktor begitu saja. Kontraktor yang dipilih mestilah mempunyai lesen, bertauliah dan memiliki kepakaran yang sesuai untuk melaksanakan kerja yang diperlukan.

“(Kementerian) tidak boleh melantik begitu saja mana-mana pembekal.

“Kebanyakan peralatan hospital seperti alat bantuan pernafasan, makmal dan lain-lain perlu ada kepakaran untuk pemasangan, kelulusan dan penyelenggaraan,” katanya.

Semalam Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengeluarkan kenyataan memberitahu bahawa KKM akan membantu siasatan SPRM bagi memastikan tiasa sebarang penyelewengan dana awam berlaku.

Bagaimanapun ia menimbulkan tandatanya kerana ia tidak menyediakan sebarang kes rujukan atau konteks sehingga Adham membuat kenyataan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");