Perak Hari Ini

Sudah Seperti Keluarga, Tidak Mungkin Gelandangan Diletakkan Di Tempat Asal Semula

TAIPING- “Kita akan cuba dapatkan mereka ini perkerjaan sebab takkan selepas habis Perintah Kawalan Pergerkan (PKP) kita nak letak semula di tepi jalan,” begitulah luahan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Marhaen (KMM) Taiping, Faizzul Amri Shahabuddin.

Katanya, para gelandangan yang dibawa ke Pusat penempatan sementara di Dewan Serbaguna Kampung Pinang, Taman Kamunting Permai itu sudah pun dianggap seperti keluarga selepas dua bulan mereka tinggal di sana.

“Target kami selepas tamatnya PKP kami sudah ada projek untuk mereka malahan ada antara mereka sudah mendapat kerja, ada yang waris berjaya dihubungi tetapi masih dalam proses.

“Kami akan membuka satu anjung singgah dengan nama ‘Rumah Transit Marhaen’ di Taiping yang akan di kawalselia oleh kami sendiri di mana di sini mereka hanya dibenarkan untuk bermalam

“Bermula pada jam 6 petang mereka boleh mula daftar masuk dan perlu mendaftar keluar pada waktu pagi untuk berkerja atau sebagainya di man melalui cara ini sekurang-kurangnya mereka ada tempat tinggal,” katanya kepada media ketika ditemui semalam.

Apabila ditanya mengenai cara para gelandangan untuk menyesuaika diri di tempat tersebut katanya, memang pada peringkat awal, para gelandnagan ini berasa tidak selamat, malahan ada yang garang dan sebagainya tetapi kini tanpa disuruh mereka sukarela untuk mencuci tandas, melakukan kerja-kerja pembersihan lain dan sebagainya.

Tambah beliau, sepanjang para gelandangan berada di pusat tersebut, mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti disamping diberi pendedahan dengan masyarakat setempat.

“Untuk aktiviti, kami ada membuat bubur lambuk yang mana dimasak oleh mereka sendiri dan mereka juga yang menyerahkannya kepada penduduk sekitar sebagai salah satu cara membalas semula kepada masyarakat yang datang menyumbang.

“Pada hari terakhir puasa, kita akan melakukan aktiviti membakar lemang sebanyak 50 batang dan membuat rendang di mana ianya akan dibuat oleh penghuni ini sendiri.

“Mereka juga akan menyerahkan makanan tersebut kepada penduduk setempat dengan tujuan supaya keyakinan dan harga diri mereka boleh ditingkatkan,” katanya.

Menurut beliau, pada setiap malam pelita akan dipasang dan para gelandangan dapat bermain bunga api.

“Aktiviti yang dilakukan pada waktu malam dilakukan supaya mereka berasa lebih seronok kerana kebanyakkan mereka tidak pernah merasa suasana sebegini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");