Berita Hari Ini

Tanggungjawab rakyat Malaysia cegah gelombang kedua Covid-19, kata KP Kesihatan

MASYARAKAT perlu memainkan peranan untuk mencegah gelombang kedua jangkitan Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat.

“Sama ada kita berdepan gelombang kedua atau tidak, ia bukan bergantung kepada kementerian tetapi ia menjadi tannggungjawab masyarakat.

“Kami menggalakkan orang awam untuk mematuhi prosedur operasi standard.

“Sekiranya masyarakat boleh mematuhi garis panduan, kit apasti boleh menurunkan jumlah kes dan memutuskan rantaian jangkitan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata demikian ketika mengulas kes jangkitan baharu di China dan Korea Selatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");