Berita Hari Ini

Tarikh Akhir Permohonan GPK Untuk Perniagaan Mikro Jumaat Ini

KUALA LUMPUR: Tarikh akhir permohonan bagi Geran Khas Prihatin (GKP) untuk perniagaan mikro adalah Jumaat ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan disaran untuk mengisi borang permohonan dengan segera dan tidak menunggu sehingga tarikh akhir.

“Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian di portal GKP yang disediakan LHDN. Permohonan secara manual tidak diterima.

“LHDN akan memproses semua permohonan selepas 15 Mei dan pemohon GKP boleh membuat semakan status permohonan pada minggu pertama bulan Jun,” kata kenyataan itu, lapor Harian Metro.

Menurut kenyataan itu, bayaran GKP pula dijangka dibuat pada hujung Jun bagi permohonan yang lulus.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan GKP boleh dibuat melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000, live chat, borang maklum balas di portal rasmi LHDN atau media sosial rasmi LHDN.

Terdahulu, Kementerian Kewangan menyasar sebanyak 700,000 perusahaan kecil dan sederhana mikro akan menerima manfaat daripada GKP berjumlah RM2.1 bilion.

GKP adalah bantuan kewangan secara sekali berjumlah RM3,000 kepada setiap PKS mikro berkelayakan yang akan dapat membantu meringankan beban mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");