Perak Hari Ini

Terus Berusaha Tambahkan Zon Hijau – PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua rakyat dapat terus berhati-hati ketika ini walaupun penularan COVID-19 sedang berjaya dikawal.

Beliau turut menyeru agar semua pihak dapat terus berdisiplin dan bekerjasama agar jumlah zon hijau akan lebih meningkat berbanding zon merah.

“Teruslah berwaspada. Amalkan tabiat penjarakan sosial, sering membasuh tangan, memakai penutup hidung dan mulut atau face mask di kawasan awam dan segera berjumpa doktor sekiranya bergejala.

“Ketiga, kita mempunyai lebih banyak kawasan zon hijau berbanding zon merah. Ini juga adalah hasil usaha kerjasama saudara-saudari yang amat berdisiplin.

“Teruskan usaha ini agar kita dapat ‘menghijaukan’ lebih banyak kawasan terjejas secepat yang boleh,” katanya.

Tambahnya, tindakan disiplin rakyat yang duduk dan bekerja di rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja, di sini, hari ini.

Pada masa sama, katanya lagi ketika ini juga ia telah menunjukkan keadaan yang mana kapasiti perkhidmatan kesihatan awam dipertingkatkan dalam menangani jumlah pesakit COVID-19.

“Kita mempunyai sumber tenaga kerja, ruang katil di hospital, pusat kuarantin, ubat-ubatan, alat bantuan pernafasan atau ventilator, peralatan perlindungan diri dan makmal-makmal ujian yang mencukupi seandainya kadar jangkitan meningkat semula.

“Kedua, kita perlu terima hakikat bahawa dalam bulan-bulan mendatang ini, adalah mustahil untuk mana-mana negara mencapai angka sifar dalam jangkitan COVID-19.

“Yang perlu dilakukan ialah mempertingkatkan keupayaan perkhidmatan kesihatan awam untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");