Berita Hari Ini

Teruskan kebiasaan baharu pada Syawal

Kesabaran dan pengorbanan umat Islam mengharungi Ramadan mengikut kebiasaan baharu bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 di negara ini wajar dipuji.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pencapaian itu harus diteruskan sepanjang Syawal dengan tidak membenarkan tradisi saling berkunjung dalam kalangan ahli keluarga dan sanak saudara.

“Malah, sambutan kali ini dimeriahkan secara tertutup dengan ahli keluarga di rumah masing-masing. Semoga dengan norma dan kelaziman baharu, ini kita dapat sama-sama membendung wabak COVID-19 semasa dan selepas musim perayaan ini.

“Sesungguhnya perjuangan kita menentang musuh yang tidak kelihatan ini belum selesai dan ia antara tanggungjawab kita kepada komuniti dan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Meskipun Aidilfitri disambut di seluruh negara dan ia dikategorikan sebagai cuti umum kepada segenap lapisan masyarakat, Dr Noor Hisham berkata, petugas barisan hadapan masih bertugas.

Bagaimanapun, katanya, anggota barisan hadapan kini meletakkan harapan supaya masyarakat berupaya memainkan peranan lebih besar dalam memerangi wabak COVID-19.

“Dalam doa, tafakur, ingatan dan rintihan hati mereka, petugas barisan hadapan sangat berharap supaya seluruh masyarakat Malaysia memainkan tanggungjawab sosial dan kawalan kendiri, bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dapat dipatuhi dalam tempoh perayaan ini.”

Kementerian juga ingin mengambil kesempatan pada hari yang mulia ini untuk melahirkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan, termasuk petugas kesihatan dan sukarelawan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan pelbagai agensi lain yang komited memberikan perkhidmatan mereka semasa Aidilfitri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");