Perak Hari Ini

Tiada Persiapan Rapi, Penduduk Orang Asli Menanti Aidilfitri Secara Bersederhana

IPOH- Biarpun sambutan Ramadhan dan Syawal pada kali ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, penduduk asal iaitu masyarakat orang asli Kampung Sungai Tonggang tetap menyatakan rasa syukur di atas bantuan yang disalurkan tanpa henti oleh pihak kerajaan dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Penduduk Asal Kampung Sungai Tonggang, Kamisah Anjang berkata, kebiasaannya bulan Ramadhan akan diraikan dengan pelbagai aktiviti berfaedah bersama penduduk kampung di mana kesemua mereka beragama Islam.

“Umumnya apabila menjelang Ramdhan, kita akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama, masak bersama di surau kampung, kemudian bertarawikh bersama-sama tetapi berbeza dengan tahun ini apabila wabak koronavirus (Covid-19) melanda, perkara yang kebiasaan dilakukan terpaksa dibatalkan.

“Perkara yang kami lakukan sudah tiada dan kami akan solat tarawih di rumah. Jadi itu adalah salah satu perkara yang berbeza kami sangat rindukan suasana tersebut,” katanya.

Katanya kepada media mengenai sambutan Syawal pada tahun selepas selesai majlis Agihan Makanan dan Barangan kepada masyarakat orang asli oleh isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Dr. Nomee Ashilin Mohamed Radzi, hari ini.

Jelas beliau, uniknya mengenai sambutan Syawal pula di mana sudah menjadi tradisi penduduk Kampung Tonggang untuk bersama-sama menziarahi jiran tertangga melalui amalam Ziarah Dakwah.

“Pengalaman kami beraya di pedalaman adanya dengan amalan khusus di kampung ini di mana kami akan ziarah menziarahi jiran dari satu rumah ke satu rumah yang lain.

“Jadinya di sini terdapat 400 penduduk, rumah lebih kurang dalam 97 buah rumah yang mana jika ada yang buat rumah terbuka kita akan datang ziarah dari satu rumah ke satu rumah untuk menziarah sampai habis tak kiralah jika hingga ke lewat malam.

“Itulah tradisi kaum di sini. Lebih kurang kepada ziarah dakwah di mana motifnya disamping beraya tujuannya ada untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita di sini,” katanya.

Menurut beliau, kebiasanya tetamu terdiri dari mereka yang dewasa kepada kanak-kanak melebih 10 ke 20 orang setiap satu masa di mana akan berulang sehingga habis.

Jelas beliau, sayunya sambutan pada tahun ini dimana mereka tidak berkesempatan untuk membuat persiapan raya secara rapi memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masig diteruskan.

“Jujur cakap untuk tahun ini tidak persiapan apa-apa dan gunakan semua benda yang ada sahaja, cumanya untuk sesetengah masyarakat di sini ada yang membuat kuih-kuih sendiri, buat lemang tetapi dalam keadaan yang bersederhana.

“Setakat ini apa yang kami terima adalah makanan asas kami namun, amat berterima kasih kepada pihak JAKOA dan kerajaan yang prihatin kepada kami masyarakat orang asli walaupun berada di pedalaman kerana semenjak PKP memang punca pendapatan terjejas sedikit memandangkan ada yang berkerja di luar malahan sumber hutan juga tidak dapat dikeluarkan di mana ianya terbatas,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");