Panasnya Hari Ini

Tiada sidang media khas dari Redzuan

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) menafikan dakwaan Mohd Redzuan Yusof akan mengadakan sidang akhbar hari ini di Ibu Pejabat PPBM.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya hari ini, pihaknya memandang serius mengenai laporan itu.

“Pejabat ini menafikan berita yang tular ini dan tiada sebarang sidang akhbar khas dari menteri. Hal ini kerana Mohd Redzuan pada masa ini masih menjalani tempoh kuarantin.

“Saya ingin mengingatkan kepada semua pihak supaya sentiasa menjaga penjarakkan sosial untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19,” kata setiausaha politiknya.

Sebelum itu, terdapat edaran jemputan media, Redzuan dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Shahruddin Md Salleh akan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat PPBM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");