Berita Hari Ini

Tiada Sidang Media Perkembangan Covid-19 Hari Ini

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini diberikan ‘cuti’ daripada membuat sidang media mengenai perkembangan Covid-19.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia setelah lima bulan pihaknya bertungkus-lumus memerangi penularan wabak Covid-19, di negara ini.

“Tiada sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, hari ini tapi KKM akan keluarkan kenyataan akhbar,” kata jurucakap KKM.

Sebelum ini, setiap hari Noor Hisham akan mengadakan sidang media di Dewan Serbaguna di tingkat 8, bangunan KKM.

Malah beliau akan sering menjawab pertanyaan media tanpa jemu yang melibatkan kira-kira 30 minit pada setiap sidang.

Setiap hari, pasti ada angka-angka yang disebut tanpa jemu oleh Noor Hisham mengenai turun naik kes baharu, kes pulih dan discaj dan kes kematian akibat wabak Covid-19.

Difahamkan Noor Hisham diberikan ‘cuti’ oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Ini kali pertama KKM tidak menganjurkan sidang media di kementerian itu.

Semalam, sejumlah 88 kes sembuh daripada wabak Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif yang sembuh daripada wabak berbahaya itu kepada 4,864 kes.

Dalam pada itu, jumlah kes baharu direkodkan rendah hari dengan 68 kes sahaja.

Ia melibatkan 57 kes dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Jumlah itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 6,535 kes.

Kes kematian pula kekal 107 kes. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");