Berita Hari Ini

‘Tiada Vaksin, Tak Boleh Sekolah’

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tidak membenarkan pelajar kembali ke sekolah sehingga vaksin Covid-19 berjaya dihasilkan, walaupun ada negara kini membenarkan kelas secara persendirian.

Harian Metro melaporkan, kanak-kanak di negara itu dijangka dibenarkan ke sekolah penghujung Ogos nanti selepas lebih 25 juta pelajar sekolah rendah dan menengah ‘dicutikan’ sejak Mac lalu akibat pandemik Covid-19.

Namun, dalam ucapannya semalam, Duterte berkata, risiko adalah terlalu tinggi untuk membenarkan sekolah dibuka semula.

“Selagi mereka belum benar-benar selamat, adalah membuang masa untuk bercakap mengenai pembukaan sekolah.

“Pada saya, vaksin dahulu. Jika vaksin sudah tersedia, maka ia okay (untuk kembali ke sekolah).

“Jika tiada sesiapa yang tamatkan persekolah, maka itulah yang akan berlaku,” katanya.

Walaupun beberapa kumpulan penyelidik melancarkan usaha untuk membangunkan vaksin, namun sehingga kini masih belum ada vaksin yang terbukti berkesan dan boleh diedarkan dalam skala besar.

Di Filipina, sesi persekolahan biasanya berlangsung dari Jun hingga April namun, pihak berkuasa terpaksa menangguhkan sesi berkenaan kerana perintah berkurung.

Bagi mengurangkan kesesakan di bilik darjah, kementerian pendidikan mengumumkan teknik pelajaran bercampur termasuk kelas secara dalam talian yang boleh dilaksanakan pada sesi persekolahan akan datang.

Jutaan murid hidup dalam kemiskinan tegar di Filipina dan tiada akses kepada komputer yang menyukarkan proses pembelajaran dalam talian diadakan.

Walaupun pandemik Covid-19 ini memaksa pelajar di seluruh dunia ‘terkurung’ di rumah selama beberapa bulan, namun negara seperti Korea dan Perancis kini memulakan kelas secara persendirian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");