Perak Hari Ini

Timbalan Menteri Percaya Negeri Tangguh PKPB Ingin Buat Persediaan Rapi

BAGAN SERAI- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beranggapan beberapa negeri yang tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disebabkan dasar kepimpinan belum membuat keputusan rasmi atau belum bersedia melaksanakannya.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pihaknya yakin negeri-negeri terbabit akan membuat persediaan rapi sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menurut beliau, negeri yang berkaitan juga difahamkan akan mengadakan mesyuarat diperingkat negeri untuk membuat pelaksanaan atau sebaliknya.

“Sebarang keputusan yang dibincangkan itu sama ada ianya dipersetujui di peringkat federal, ianya terserah pada pucuk pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Buat masa ini mana-mana negeri yang mahu PKPB ini dilaksanakan atau tidak ianya bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan negeri masing-masing.

“Namun apa yang pasti PKPB ini akan dilaksanakan bermula esok dengan SOP yang sangat ketat seperti yang dimaklumkan Perdana Menteri kita sebelum ini,” katanya ditemui media selepas menyerahkan juadah berbuka puasa Iftar Ramadan Drive Thru kepada penduduk di Kuala Gula, semalam.

Sehingga kini terdapat lapan negeri seperti Kedah, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Kelantan dan sebagainya mengambil keputusan untuk tidak melaksanakan PKPB.

Bagaimanapun katanya, secara peribadi beliau yakin akan kesejahteraan dan ekonomi negara akan kekal baik sekiranya PKPB dilaksanakan dengan betul mengikut SOP yang ditetapkan.

“Data semasa menunjukkan kita difasa pemulihan dan proses melandaikan lengkuk data (kes covid) itu kita dah berjaya laksanakan.

“Sebab itu KKM bertindak menasihati kerajaan melaksanakan untuk melaksanakan PKPB ini untuk selamatkan ekonomi negara kita disamping turut menyeimbangkan tahap kesihatan rakyat Malaysia,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");