Berita Hari Ini
Like

Ujian vaksin di China berjaya lepasi fasa pertama, selamat untuk manusia

May 23, 2020
222 Views
0 Comments
1 minute read
Ujian vaksin di China berjaya lepasi fasa pertama, selamat untuk manusia

BEIJING: Ujian percubaan klinikal pembangunan vaksin di China didapati selamat, bertoleransi serta mampu menghasilkan tindak balas yang baik terhadap imun SARS-CoV-2 pada manusia.

Ia sekali gus menyaksikan vaksin pertama yang berjaya melepasi ujian klinikal fasa pertama.

Menurut kajian yang diterbitkan jurnal perubatan The Lancet pada Jumaat, ujian tersebut dijalankan terhadap 108 individu dewasa yang sihat dan ia menunjukkan petanda yang baik selepas 28 hari.

Jelas kajian itu, hasil akhir ujian tersebut akan dinilai dalam tempoh enam bulan.

Kajian itu menambah, ujian lebih lanjut turut diperlukan bagi mengetahui sama ada tindak balas imun yang dihasilkannya dapat melindungi secara berkesan terhadap jangkitan COVID-19.

Uji kaji menunjukkan satu dos vaksin adenovirus COVID-19 jenis 5 (Ad5-nCoV) menghasilkan antibodi virus-spesifik dan sel T dalam tempoh 14 hari, sekali gus menjadikan ia berpotensi untuk penyelidikan lebih lanjut.-Agensi

Komen & Pendapat

Comments are closed.