Panasnya Hari Ini

Undi Percaya, Tidak Percaya: ‘Jika Gagal, Pembawa Usul Akan Letak Jawatan’

KOTA KINABALU: Tindakan membawa usul undi percaya atau tidak percaya secara tiba-tiba ke Dewan Rakyat disifatkan mampu menjadi punca ketidakstabilan politik negara.

BH Online melaporkan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata jika tiada pertanggungjawaban, Parlimen terpaksa berdepan dengan usul undi tidak percaya setiap hari yang akan menggugat ketidakstabilan politik negara.

Beliau yang juga Ketua UMNO Tuaran berkata, dalam negara yang mengamalkan demokrasi matang, individu yang membawa usul mengejut dan memecahbelahkan seperti undi percaya atau tidak percaya akan meletak jawatan jika percubaannya gagal.

“Individu itu secara budiman (gentleman) akan mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan itu. Kegagalan termasuk bila usul itu ditolak oleh Speaker kerana sudah tentu individu berkenaan tahu Speaker akan menolak usul yang tidak mengikuti peraturan mesyuarat Parlimen atau Perlembagaan Malaysia.

“Secara adilnya, jika usul itu berjaya, Perdana Menteri mesti letak jawatan dan kalau tidak berjaya, pembawa usul mesti letak jawatan.

“Persoalannya apakah Ahli Parlimen Semporna yang juga Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) mempunyai etika politik untuk meletakkan jawatannya? Kita tunggu dan lihat,” katanya menerusi Facebook.

Sebelum ini media melaporkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menolak usul yang dikemukakan Mohd Shafie mengenai usul undi percaya bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai sokongan majoriti ahli.

Berdasarkan satu surat yang dilihat BH yang kemudiannya disahkan Mohd Shafie, Mohamad Ariff menolak usul terbabit kerana penjelasan yang dinyatakan dalam usul berkenaan tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempertikai kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam urusan jawatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun Mohd Shafie tidak mengulas lanjut mengenai perkara terbabit dan menjelaskan semua pihak perlu menunggu sehingga Dewan Rakyat bersidang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");