Berita Hari Ini

Yang Terlepas Balik Kampung, Tunggu Masa Balik Nanti..

PUTRAJAYA – Kerajaan mengingatkan rakyat yang sudah terlepas sekatan jalan raya untuk perlu ke kampung agar berdepan dengan risiko untuk kembali semula ke ibu kota kelak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang terlepas itu mungkin boleh berseronok ketika ini.

Namun tegas beliau, tiada jaminan mereka tidak akan ditahan dalam sekatan jalan raya ketika pulang semula ke tempat bekerja.

“Bagi yang sudah pulang ke kampung dan terlepas sekatan seronoklah mereka tetapi lepas sekatan jalan raya balik tidak bermakna tidak akan terlepas pulang ke Kuala Lumpur nanti.

“Mungkin mereka seronok terlepas selepas beri pelbagai alasan dan diterima pihak polis. Tetapi mereka perlu hadapi masa balik dan tidak ada jaminan lepas masa balik ke tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas terdapat rakyat yang terlepas pulang ke kampung dan apakah kelonggaran perlu diberi kepada golongan dengan syarat standard prosuder operasi (SOP) yang ketat.

Mengulas lanjut, Ismail menambah, hasil kajian Majlis Keselamatan Negara, majoriti rakyat mahu SOP yang lebih diperketatkan dan bukan dilonggarkan.

Malah jelas beliau, dirinya menerima banyak khidmatan pesanan ringkas bertanya kenapa banyak SOP yang dilonggarkan ketika ini.

“Macam SOP maksimum tetamu seramai 20 orang pada Hari Raya Pertama pada keluasan rumah untuk penjarakan sosial. Itu pun bila kita beri sedikit kelonggaran, ramai yang kata kerajaan tidak boleh kelonggaran itu.

“Jadi kalau banyak lagi yang kita hendak longgarkan, kita menghadapi masalah kerana tujuan kita sekat (pulang) untuk elak virus Covid-19 di kampung.

“Kita cuba jangan kita yang balik ini sebar virus itu. Sekarang ini sudah cantik kes baharu bawah 100 dan kita harap terus kekal dan paling rendah 16 kes. Kalau sampai hujung kurang dua angka kes, Kementerian Kesihatan akan buat keputusan terbaik untuk rakyat Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");