Perak Hari Ini

‘Ziarah Kubur Tidak Hanya Semasa Hari Raya, Bila-bila Masa Boleh’

IPOH: Setakat ini Perak masih belum membincangkan berkenaan aktiviti ziarah tanah perkuburan khususnya ketika Hari Raya Aidilfitri nanti.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK), Datuk Mohd Yusop Husin, aktiviti tersebut sebaiknya dapat dielakkan kerana khuatir aktiviti berkumpulan bakal berlaku di tanah-tanah perkuburan.

Ujarnya ia secara tidak langsung dapat meningkatkan risiko penularan wabak Covid-19 kepada individu-individu yang berada di situ.

“Kebiasaan di tanah perkuburan ini orang akan menziarah dalam tempoh masa lama dan ada kemungkinan duduk secara rapat.

“Ia kerana kebanyakan kubur berada dalam keadaan yang hampir antara satu kubur dengan kubur yang lain.

“Menziarahi kubur sewaktu Aidilfitri ini seolah-olah sudah menjadi adat. Sebenarnya hendak menziarahi kubur ini pada bila-bila masa boleh. Pada Hari Raya ini, kalau boleh elakkan,” katanya ketika ditemui selepas Solat Jumaat di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini hari ini.

Nasihat beliau aktiviti tersebut boleh dilakukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat berkuat kuasa.

“Hari ini kalau hendak pergi seorang diri menziarahi kubur pun boleh. Jika duduk di rumah dan membacakan doa dan ayat Al-Quran, pahala pun dapat. Ziarahilah pada hari lain,” ujar beliau lagi.

Pada Isnin, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memberi kelonggaran bagi aktiviti ziarah tanah perkuburan pada Ramadan dan Aidilfitri nanti dengan menetapkan hanya menetapkan 20 individu dalam satu-satu masa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");