Berita Hari Ini

Zon Merah meningkat

Daerah zon merah COVID-19 kembali meningkat kepada 10 kawasan berbanding sembilan kawasan, setakat 12 tengah hari semalam.

Ia berikutan Daerah Petaling di Selangor menyaksikan pertambahan sebanyak 13 kes dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan terbaru adalah sebanyak 52 kes.

Daerah berkenaan diletakkan sebagai zon kuning pada Ahad, selepas mencatatkan 39 kes namun ia meningkat semula pada semalam.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menunjukkan sembilan daerah yang kekal zon merah ialah Hulu Langat, Gombak, Batu, ibu kota dan Kampung Baru, Sri Petaling, Kluang, Seremban, Kuching serta Kota Samarahan.

Selain itu, Infografik CPRC juga menunjukkan Pulau Pinang menjadi negeri terbaru diisytihar zon hijau apabila mencatatkan sifar kes aktif jangkitan COVID-19.

Ini menjadikan lima negeri bebas kes Covid-19 termasuk Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak.

Berlaku penambahan daerah zon hijau daripada 86 daerah kepada 111 daerah.

Setakat semalam, Malaysia merekodkan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 6,353 kes dengan 1,764 kes aktif yang masih dirawat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");