Berita Hari Ini

10 kes baru, 4 import, 6 jangkitan tempatan

Setakat tengah hari tadi, Malaysia mencatatkan 10 kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah terkumpul yang dicatatkan adalah sebanyak 8,616 kes kes.

Dalam kenyataan media petang ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 14 lagi dilapor sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih daripada wabak itu ialah 8,308.

Kesemua kes baru sudah diasingkan dan kini sedang menerima rawatan.

Perkembangan ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 187 kes.

Dua pesakit kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham juga hari ini memaklumkan bahawa buat hari ke-13 berturut-turut, tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes.

Sementara itu, 10 kes baru itu terdiri daripada empat kes import dan enam kes jangkitan tempatan.

Daripada enam kes penularan di dalam negara, empat kes adalah di kalangan warganegara dan dua kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Kes jangkitan dalam negara di kalangan warganegara Malaysia adalah seperti berikut:

  • Selangor: satu kes saringan pra pembedahan;
  • Kuala Lumpur: tiga kes daripada saringan pelajar tahfiz.

Kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara Malaysia pula adalah seperti berikut:

  • Negeri Sembilan: satu (1) kes saringan Orang Kena Tuduh (OKT) yang baru dimasukkan ke lokap;
  • Sabah: satu (1) kes saringan tempat kerja kontraktor
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");