Panasnya Hari Ini

20 Ketua Bahagian Bersatu Johor Nyatakan Sokongan Pada Muhyiddin

Sebanyak 20 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor semalam menyatakan sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai presiden dan pemangku pengerusi parti itu serta sebagai perdana menteri Malaysia kelapan.

Sokongan mereka itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam selepas mesyuarat khas Bersatu Johor di ibu pejabatnya di Kempas.

Terdahulu, mesyuarat itu dihadiri 20 daripada 26 Ketua Bahagian Bersatu Johor.

Mesyuarat khas itu turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada  Dr Mahathir Mohamad sebagai bekas Pengerusi Bersatu dan perdana menteri ketujuh.

Mereka turut menyatakan penghargaan kepada empat lagi Ahli Parlimen Bersatu iaitu Mukhriz Mahathir (Jerlun); Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar); Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Amirudin Hamzah (Kubang Pasu).

Keahlian mereka dan Dr Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi, telah terhenti serta-merta menurut peruntukan Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti.

Bersatu Johor juga berharap agar ahli-ahlinya akan terus kekal setia dan mengukuhkan parti di peringkat bahagian masing-masing.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");