Perak Hari Ini

4 Kawasan Kaki Gunung Di Ipoh Diusul Bagi Pertanian Bandar

IPOH: Sebanyak empat kawasan kaki gunung di sekitar Bandaraya Ipoh yang kesemuanya berkeluasan 300 ekar dicadangkan bagi pembangunan ‘urban farming’ atau pertanian bandar.

Kawasan yang terlibat bagi fasa pertama itu adalah Gunung Masoorat; Gunung Rapat, Gunung Tunggal dan Gunung Lengkun; Gunung Panjang serta Gunung Gunting dan Rotan Segar.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata ia bagi mewujudkan peluang ekonomi selain dapat menggunakan sepenuhnya kawasan yang di sekitar bandar raya ini kepada penduduk.

Kata beliau ianya juga merupakan salah satu inisiatif bagi mencari tapak tanah rizab kerajaan untuk dijadikan tapak bagi aktiviti pertanian dalam membantu ekonomi setempat.

“Selain itu, bagi ‘modified concept’ yang akan diperkenalkan, tapak-tapak cadangan terlibat akan dijadikan tanah rizab MBI dan seterusnya akan dipajak secara ‘Pajakan Tanah Rizab’ kepada MBI.

“MBI akan menyelaras bersama agensi yang berkaitan tentang kepakaran berkaitan pertanian seperti Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian.

“Badan-badan ini akan mengurus dan menjalankan aktiviti pertanian dan sekali gus ia dapat meningkatkan peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Penuh Majlis MBI Jun 2020 di Dewan Mesyuarat MBI, di sini, hari ini.

Sementara itu ujarnya sekiranya program pertanian bandar itu dapat dilaksanakan ianya akan membantu menjadikan bandar raya ini ke arah perancangan Ipoh Food Valley Hub yang berorientasikan agrikultur pintar.

Sebelum ini Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan pelaksanaan projek pertanian bandar secara fertigasi yang melibatkan kawasan seluas 700 ekar di seluruh negeri dengan menyasarkan 140 usahawan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");