Berita Hari Ini

AKB 1961 Lebih Berkesan Kuat Kuasa Pematuhan Harga Petrol, Diesel

KUALA LUMPUR – Penguatkuasaan pematuhan harga jualan runcit petrol dan diesel adalah lebih berkesan berdasarkan Surat Arahan Pengawal Bekalan di bawah Peraturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi menegaskan ini kerana akta itu memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap syarikat minyak atau pengusaha stesen minyak yang didapati menjual petrol dan diesel melebihi harga yang ditetapkan.

“Di bawah AKB, kegagalan mematuhi Arahan Pengawal Bekalan merupakan satu kesalahan dan hukuman penalti yang dikenakan adalah sehingga RM5 juta dengan lesen barang kawalan petrol dan diesel boleh dibatalkan atau digantung oleh mahkamah.

“Kadar penalti ini jauh lebih tinggi berbanding penalti yang dikenakan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (penentuan harga runcit maksimum bagi petrol dan diesel) di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) sehingga RM1 juta sahaja,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor Bernama.

Sementara itu beliau turut menegaskan tiada perubahan dari segi dasar penetapan harga jualan runcit petrol dan diesel, iaitu melalui mekanisme harga automatik (APM).

Alexander berkata selaras dengan komitmen KPDNHEP melindungi hak pengguna dan memastikan pematuhan syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak ke atas harga jualan runcit petrol dan diesel yang ditetapkan, tindakan penguatkuasaan di bawah AKB akan dijalankan dengan lebih berkesan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");