Perak Hari Ini

Armada Bersatu Tanjung Malim Minta SPR Segerakan Penguatkuasaan Undi 18

TANJUNG MALIM – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjung Malim meminta agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyegerakan penguatkuasaan usia kelayakan mengundi 18 tahun.

Ketuanya, Azirul Syafiq Sazali berkata ia susulan cadangan bagi mengadakan Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan lebih awal, ekoran perkembangan semasa politik tanah air selain bilangan majoriti tipis dalam kalangan ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional (PN).

Katanya sebahagian besar anak muda kurang mengambul peduli terhadap perkembangan politik negara kerana kurang menerima pendedahan yang betul.

Justeru ujarnya dengan proses pendaftaran secara automatik, ianya akan memastikan golongan tersebut dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi selain memahami kepentingan peranan politik.

“Pengundi muda akan menjadi faktor utama bagi menentukan pembentukan kerajaan pada masa akan datang.

“Ia disebabkan peningkatan jumlah keseluruhan pengundi dengan lebih 50% pemilih dari kalangan anak muda melalui pelaksanaan segera pindaan.

“Dengan ini, ianya amat penting bagi SPR supaya mempercepatkan penguatkuasaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu Azirul berkata, sekiranya penguatkuasaan itu tidak dapat dilaksanakan lebih awal beliau mencadangkan agar SPR dapat memberi kebenaran mereka yang mencecah umur 18 tahun untuk berdaftar secara manual.

Jelasnya ia akan membuka ruang kepada golongan itu untuk berpeluang mendapat kebenaran mengundi berdasarkan pindaan had umur pengundi yang diluluskan pada tahun lalu.

“Anak muda juga layak menjadi calon dan mampu mendapatkan sokongan pengundi muda dengan mengangkat martabat pimpinan anak muda bersama-sama bertanding pada pilihanraya akan datang.

“Mereka juga lebih senang dibentuk melalui kepimpinan muda kerana mereka lebih memahami dan menjiwai hasrat impian keseluruhannya.

“Anak muda turut berkeupayaan mengubah landskap senario politik tanah air dan menentukan hala tuju masa depan negara,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");