Berita Hari Ini

Artis nasyid terjejas akibat Covid-19 dilantik jadi bilal rawatib

Selain pelakon dan anak seni lain, jangan dilupakan terhadap penggiat nasyid tanah air yang turut hilang mata pencarian akibat wabak Covid-19.

Justeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kerajaan membuat pelan jangka pendek dimana akan melantik artis nasyid sebagai bilal rawatib bagi masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

“Anugerah Allah SWT kepada mereka wajar dimanfaatkan sebaiknya,” tulis beliau di laman Facebook selepas bertemu dan berbincang bersama beberapa pihak industri nasyid.

Bagi penyelesaian jangka panjang pula, bekas mufti Wilayah Persekutuan itu memaklumkan jawatankuasa teknikal akan ditubuhkan untuk membangunkan semula industri tersebut.

Menurut Dr Zulkifli, ia akan membabitkan stesen TV Al-Hijrah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Nasyeed.Com dan pertubuhan Creative Dakwah Club.

“Tiga minggu lagi saya akan meneliti kertas cadangan daripada mereka berhubung hal ini. Saya mahu anugerah berprestij…
“…seperti Anugerah Nasyid kembali diadakan. Kita akan memperkasakan nasyid menerusi industri muzik digital yang kian pesat kini. ?
“Saya tidak ada apa-apa kepentingan. Saya cuma nampak potensi yang amat besar pada mereka bagi turut sama menyumbang kepada dakwah…
“…pendidikan dan keseimbangan psikospiritual masyarakat terutamanya dalam norma baharu yang sedang kita tempuhi bersama.
“Selagi saya masih berkhidmat, saya akan usahakan sehabis baik untuk industri nasyid tanah air,” katanya.

Sumber : Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");