Panasnya Hari Ini

Bantuan Prihatin Elektrik Tiada Kaitan Dengan PRK Chini, Kata Zahid

PETALING JAYA: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan (BPET) yang diumumkan hari ini tiada kaitan dengan pilihan raya kecil (PRK) Chini yang sedang berjalan.

Beliau berkata perbincangan dan usaha untuk menyelesaikan isu bil elektrik berlaku lebih awal.

“Kerajaan yang prihatin sentiasa meletakkan kemaslahatan dan kebajikan rakyat sebagai agenda utama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan 4 juta pengguna domestik dengan bil bulanan di bawah RM77 atau tidak melebihi 300kWj akan menikmati bekalan percuma selama 3 bulan mulai April lalu.

Katanya, 3.6 juta pengguna yang menggunakan lebih 300kWj elektrik pula akan mendapat potongan RM77 sebulan dalam bil mereka mulai April hingga bulan ini.

Beliau berkata, ia adalah sebahagian daripada Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan yang mula dilaksanakan sejak 1 April lalu untuk mengurangkan beban kewangan rakyat susulan kenaikan bil elektrik sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu lapor FMT.

Dalam pada itu, Zahid berkata pengumuman itu pastinya dapat melegakan keresahan rakyat yang terkesan dengan isu kenaikan bil elektrik mendadak sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Beliau turut memberi penghargaan kepada Shamsul, pengerusi TNB dan semua pihak yang berusaha bertungkus-lumus untuk mencari solusi terbaik bagi menyelesaikan masalah itu.

“Saya berpandangan pengumuman ini adalah bukti keprihatinan kerajaan yang sentiasa peka dengan rintihan dan keperitan rakyat yang terjejas sumber kewangan akibat pandemik Covid-19.

“Jika ada mereka yang sudah membayar bil bagi tempoh PKP ini, jangan risau, bayaran anda akan dikreditkan semula pada bil bulan Julai kelak. Dengan lebihan bayaran yang telah dibuat, dapatlah menampung serba sedikit perbelanjaan bagi bulan hadapan,” katanya.

Zahid menggesa anggota Kabinet, terutamanya menteri daripada Barisan Nasional (BN), meneruskan kerja membantu rakyat, peka dengan masalah mereka dan menghulurkan bantuan dengan semampunya.

“Abaikan segala omongan dan persepsi negatif yang dilontarkan bagi melemahkan semangat kalian untuk bekerja demi kesejahteraan rakyat dan Negara. Kekal fokus,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");