Sukan Hari Ini
Like

Barca Terus Beri Tekanan Buat Real Madrid

June 17, 2020
266 Views
0 Comments
1 minute read
Barca Terus Beri Tekanan Buat Real Madrid

MADRID: Lionel Messi dikasari dan kemudian meledak penalti ketika Barcelona kembali memberikan tekanan buat Real Madrid dengan menang 2-0 mengatasi Leganes di Camp Nou awal pagi tadi.

Messi dikasari pada babak pertama oleh Unai Bustinza dan sekali lagi menjadi mangsa pada babak kedua yang memberikan penalti dan disempurnakannya dengan baik.

Selepas 33 penampilan, Messi kini mengumpul 26 gol sepanjang musim dan pada lapan perlawanan terakhir dia meledak tujuh gol dan lapan bantuan untuk gol.

Pemain berusia 17 tahun, Ansu Fati sebelum itu memberikan gol awal buat Barcelona, meneruskan rentak baiknya sepanjang musim dengan gol kelima daripada lapan permulaan liga.

Penjaga gol Leganes, Ivan Cuellar (kiri) menyelamatkan gawangnya dari dibolosi penyerang Barcelona, Antoine Griezmann . - Foto AFP
Penjaga gol Leganes, Ivan Cuellar (kiri) menyelamatkan gawangnya dari dibolosi penyerang Barcelona, Antoine Griezmann . – Foto AFP

Leganes boleh mengancam juara bertahan itu jika Miguel-Angel Guerrero menyempurnakan dua peluang keemasan tetapi yang pertama dikeluarkan dari garisan permainan dan kedua terkena palang.

“Kami ada sedikit tuah pada permulaan,” kata jurulatih Barca, Quique Setien.

Namun persembahan baik pasukannya memberikan mereka kelebihan lima mata mengatasi Madrid, yang boleh kembali mengurangkannya kepada dua mata dengan menang di Valencia awal pagi Jumaat ini.

Valencia akan menjadi ujian lebih sukar buat ketajaman serangan Madrid selepas berehat tiga bulan dan Barca juga boleh menjangkakan ujian lebih mencabar berbanding Leganes, bermula dengan kunjungan ke pasukan ketiga, Sevilla pada awal pagi Sabtu. – AFP

Komen & Pendapat

Comments are closed.