Panasnya Hari Ini

Biarlah mereka bergelut – Zuraida

“Biar mereka bergelut (sesama sendiri), kita fokus kepada kerja.’

Demikian reaksi bekas Naib Presiden PKR yang keluar parti itu pada Februari lalu, Zuraida Kamaruddin, ketika ditanya mengenai kenyataan bersama DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mahu Pakatan Harapan (PH) memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal memperoleh sokongan.

Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, fokus beliau ketika ini hanyalah untuk berbakti kepada rakyat dan tidak mahu campur tangan dalam kemelut antara parti PH itu.

“Saya tidak mahu mencampuri urusan mereka.

“Sokongan ketika ini ialah kepada pimpinan Perdana Menteri sekarang. Biarlah mereka bergelut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan kepada Zetay Akhtar Muhammad, 40, iaitu balu anggota bomba, Baharuddin Sapuan, di sini, hari ini.

DAP dan AMANAH semalam mahu Pakatan Harapan (PH) memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal memperoleh sokongan.

Dalam satu kenyataan bersama, semalam, AMANAH dan DAP berkata, Anwar dijangka hanya mampu mendapat sokongan maksimum 96 Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri, sementara usaha Presiden PKR itu untuk menarik sokongan daripada Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga tidak berjaya selepas tempoh dipersetujui tamat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");