Perak Hari Ini

Bilangan Jemaah Solat Fardu, Solat Jumaat Di Perak Dibenarkan Ikut Kapasiti Ruang Solat Mulai 19 Jun

IPOH: Perak tidak menetapkan had bilangan orang jemaah sama ada bagi menunaikan Solat Jumaat mahupun solat fardu berjemaah di masjid atau surau mulai 19 Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari berkata walau bagaimanapun berkata mulai Solat Subuh pada Jumaat ini, bilangan jemaah yang pada setiap solat fardu berdasarkan kepada kapasiti keluasan ruang utama dewan solat.

Katanya ia turut mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan jarak satu meter antara seorang jemaah dengan jemaah lain.

Jelas beliau perkara tersebut selaras dengan perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah setelah Baginda menimbangkan sembah nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan setelah merujuk garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ahli jemaah yang dibenarkan hadir untuk bersolat jemaah, pada masa ini hanyalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

“Identiti para jemaah yang datang untuk bersolat jemaah hendaklah disemak dan direkodkan sebelum dibenarkan masuk ke ruang solat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya perkara sama turut terpakai bagi Solat Jumaat di setiap masjid dan surau diri Jumaat di seluruh Perak.

Selain itu beliau berkata lafaz azan turut kembali kepada kaedah asal dengan tidak perlu lagi melafazkan “al-Salatu fi buyutikum” atau bermaksud ‘tunaikanlah solat di rumah kamu’.

Pada masa sama, katanya pintu masuk dan pintu keluar bagi jemaah yang dari atau ke ruang utama dewan solat juga harus diasingkan.

“Ahli Jawatankuasa Kariah atau Pegawai Masjid hendaklah memberikan peringatan dan penerangan ringkas kepada jemaah untuk mematuhi garis panduan sebelum solat dimulakan.

“Penggunaan masjid, surau diri Jumaat dan surau untuk pelaksanaan Solat Jumaat dan solat berjemaah pada setiap solat fardu, hendaklah mematuhi sepenuhnya garis panduan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM,”

Tambahnya, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengeluarkan satu garis panduan dan kaedah terkini berkenaan penambahan bilangan jemaah untuk pelaksanaan Solat Jumaat dan solar fardu berjemaah kepada semua pengerusi jawatankuasa kariah masjid dan surau di negeri ini.

Katanya, JAIPk juga akan menyelia kaedah pelaksanaan tersebut dan memastikan garis panduan yang dikeluarkan dipatuhi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");