Berita Hari Ini

Bomba Selamat Kanak-kanak Tersangkut Pada Cabang Pokok

KULIM : Seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun melalui detik cemas apabila kakinya tersangkut pada cabang batang pokok selama lebih sejam di Kampung Pida 3, dekat Jitra, Kedah, pada malam Jumaat.

Astro Awani melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, kanak-kanak berkenaan dipercayai memanjat pokok berhampiran rumahnya itu sebelum tergelincir.

Ibu bapa kanak-kanak itu cuba mengeluarkan paha dan betisnya yang tersangkut namun gagal sebelum menghubungi pasukan bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, dihantar ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dapati kanak-kanak itu sedang menangis kesakitan dan anggota mengambil masa lima minit untuk menenangkannya.

“Anggota bomba kemudian terpaksa memotong pokok itu menggunakan peralatan khas dan mengeluarkan kaki kanak-kanak itu dengan berhati-hati,” katanya.

Kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan serius dan hanya mengalami kebas pada kaki.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");