Berita Hari Ini
Like

Buku didakwa hina Jata Negara: Polis serbu syarikat di PJ

June 30, 2020
383 Views
0 Comments
44 seconds read
Buku didakwa hina Jata Negara: Polis serbu syarikat di PJ

Polis menyerbu sebuah syarikat di Petaling Jaya yang dikaitkan dengan buku kontroversi yang memaparkan gambar kulit depan mirip Jata Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata sebanyak 313 buah buku dirampas.

Katanya, serbuan itu dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas pada jam tiga petang tadi.

“Kita dalam proses untuk buat penelitian terhadap buku tersebut.

“Usaha untuk dapatkan siapa yang reka kulit sedang dilakukan. Kita telah kenal pasti,” katanya.

Huzir berkata berdasarkan maklumat mereka sebanyak 1,000 buah buku telah dicetak.

Syarikat percetakannya juga telah dikenal pasti, katanya lagi.

Comments are closed.