Berita Hari Ini

COVID-19: KMM henti guna hydroxychloroquine

Kementerian Kesihatan (KKM) tidak bercadang untuk meneruskan rawatan dan kajian saintifik menggunakan hydroxychloroquine ke atas pesakit COVID-19.

Ini berikutan ubat yang biasa digunakan untuk merawat malaria itu mengakibatkan komplikasi kesihatan kepada pesakit selain jumlah pesakit COVID-19 di dalam negara juga sudah berkurangan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setakat ini tiada data yang menunjukkan hydroxychloroquine mampu merawat pesakit COVID-19 malah rawatan serupa yang dijalankan KKM sebelum ini juga tidak menunjukkan kesan yang positif.

“Pada peringkat permulaan, kita menggunakan ubat ini kerana ia mempunyai kesan anti radang tetapi apabila kita memperolehi kira-kira 500 data, ia sebenarnya tidak mempunyai kesan positif dalam keberkesanan (merawat COVID-19).

“Jadi kita hentikan penggunaan ubat itu malah kita turut dimaklumkan berlaku sekurang-kurangnya 30 peratus komplikasi kesihatan.

“Jika ada komplikasi ia memerlukan pemantauan yang rapi seperti kesan kepada jantung dan mata,” katanya dalam sidang akhbar, di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, setakat ini KKM juga tidak menjalankan kajian saintifik berikutan negara kini kekurangan pesakit COVID-19.

“Setakat ini, kes tidak cukup kerana kes berkurangan. Kadar pesakit COVID-19 yang pulih adalah 95 peratus dan mereka yang meninggal pula hanya 1.4 peratus sahaja.

“Ini adalah angka yang baik dalam rawatan terhadap pesakit. Kita harap dapat mengekalkan situasi ini dan disebabkan itu tindakan kesihatan awam adalah penting untuk mengesan jangkitan di peringkat awal,” katanya.

Penggunaan ubat ‘off label’ hydroxychloroquine menjadi kontroversi di beberapa negara ketika ini dan KKM sebelum ini turut mengesahkan, ia mempunyai beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala, kabur penglihatan, otot menjadi lemah serta cirit-birit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");