Perak Hari Ini

COVID-19: Perak Catat Pertambahan Satu Kes, Individu Tidak Bergejala Sedang Dirawat

IPOH: Perak hari ini mencatatkan pertambahan satu kes baharu positif COVID-19 dengan menjadikan angka kumulatif bilangan kes wabak tersebut di negeri ini sebanyak 257.

Pengarah Jabatan Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata kes tersebut direkodkan susulan aktiviti saringan secara bersasar yang dilakukan terhadap pelajar tahfiz di seluruh negara.

Jelasnya pada 11.30 pagi hari ini, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sabak Bernam, Selangor telah memaklumkan PKD Hilir Perak berkenaan keputusan ujian Reverse Transcriptase – Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) terhadap seorang pelajar di sebuah sekolah tahfiz di Sungai Besar.

Katanya hasil ujian tersebut mendapati pelajar yang menetap di Hilir Perak itu positif COVID-19.

“Saringan yang dilakukan merupakan sebahagian daripada aktiviti saringan secara bersasar di kalangan pelajar sekolah tahfiz di seluruh negara

“Kes terakhir dikesan di mukim tempat tinggal kes di Hilir Perak adalah pada 12 April lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi individu tersebut tidak menunjukkan sebarang gejala dan kini telah dimasukkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut.

Tambahnya kesemua kontak rapat telah diasingkan bagi tujuan pengawasan.

“Pihak PKD Hilir Perak masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca jangkitan wabah tersebut,” ujarnya.

Terdahulu di Putrajaya Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 15 kes COVID-19 dalam kalangan warganegara melibatkan tujuh negeri adalah antara 38 kes penularan tempatan wabak itu yang dilaporkan hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");