Perak Hari Ini

COVID-19: Perak Catat Satu Kes Bukan Warganegara, Pesakit Tidak Bergejala Sedang Dirawat

IPOH: Perak hari ini mencatatkan lagi satu kes baharu positif wabak COVID-19 yang melibatkan kalangan bukan warganegara tempatan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata pada Rabu, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta dimaklumkan berkenaan satu kes positif yang membabitkan seorang warga asing yang tinggal bersama ibu bapanya di daerah tersebut.

Katanya, individu tersebut mempunyai sejarah lawatan ke bandar raya London di United Kingdom sebelum ini.

“Ujian saringan COVID-19 dilakukan ke atas kes sebagai persediaan sebelum perjalanan ke luar negara yang dijadualkan pada hujung Jun ini.

“Pesakit tiada bergejala dan telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas beliau lagi kontak rapat kes juga telah diasingkan selain punca jangkitan masih dalam siasatan.

“Kes terakhir COVID-19 yang dikesan di mukim Ulu Kinta ialah pada 17 April lalu,” tambahnya.

Untuk rekod, sehingga tengah hari ini, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Perak adalah 258.

Terdahulu Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan berkata daripada 11 kes penularan di dalam negara, tujuh kes adalah bukan warganegara manakala empat kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

Kata beliau salah satunya kes di Perak yang melibatkan satu kes saringan sebelum memohon pulang ke negara asal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");