Berita Hari Ini

COVID-19: Ziarah Aidilfitri Catat Satu Kes Positif

PUTRAJAYA: Aktiviti kunjung-mengunjung pada Aidilfitri lalu mencatatkan satu kes positif hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ia dikesan selepas saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 sebelum ini, di Negeri Sembilan.

“Satu kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-7756) di Negeri Sembilan.

“Kontak berlaku ketika aktiviti kunjung-mengunjung pada hari raya pertama lalu,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini, lapor BH Online.

Kes berkenaan antara 15 kes penularan COVID-19 dalam negara dalam kalangan warganegara bagi kes jangkitan tempatan.

Selain kes berkenaan, Dr Noor Hisham berkata, tiga kes positif di Negeri Sembilan di kesan ketika saringan pusat tahfiz di tiga pusat tahfiz, manakala satu lagi membabitkan saringan penjawat awam di Seremban yang bercadang untuk pulang ke Sabah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");