Berita Hari Ini

Dapatkan kebenaran polis sebelum rentas negeri

Mana-mana individu yang ingin membuat perjalanan rentas negeri bagi menemui pasangan, termasuk ke Sabah dan Sarawak harus memohon kebenaran daripada polis dahulu sebelum membeli tiket penerbangan atau memulakan perjalanan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini kerana perjalanan rentas negeri dibenarkan, membabitkan pasangan suami isteri yang duduk berjauhan bukanlah secara automatik, sebaliknya perlu mendapat kebenaran polis dahulu.

“Justeru, sebelum mereka membeli tiket pesawat dapatkan dahulu kebenaran dari polis kerana di Sarawak lagi ketat peraturannya berbanding di Semenanjung dan Sabah.

“Ini kerana melalui peraturan diwartakan di Sarawak, perjalanan merentas daerah pun tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran polis…jadi dapatkan dulu kebenaran polis, ” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas mesyuarat khas menteri-menteri, di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");