Perak Hari Ini

DBP Tak Perlu Bertindak, PBT Perlu Lebih Tegas

KAMUNTING- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengingatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk bertindak lebih tegas dalam memastikan semua papan tanda dan iklan menggunakan Bahasa Melayu dengan tepat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bagaimanapun berkata, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak perlu mengambil sebarang tindakan undang-undang termasuk ke atas pihak PBT.

“Setiap permohonan pengiklanan mesti ikut kriteria dan terdapat prosedur yang mana sudah sedia ada cuma tak payahlah DBP untuk ambil tugas itu, PBT boleh menguatkuasakan.

“Jadi saya akan memperingatkan untuk PBT kuatkuasakan lebih tegas kepada mereka yang salahgunakan bahasa dan sebagainya,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja di Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman dan Exco Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan, Datuk Abdul Yunus Jamhari.

Terdahulu, media melaporkan, Dewan Bahasa dan Pustaka menyarankan kerajaan meminda Akta DBP bagi membolehkan badan berkanun itu mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk ke atas pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak menghormati penggunaan bahasa kebangsaan.

Kata Zuraida, pada masa akan datang akan ditetapkan satu koordinasi berkenaan perkara tersebut diantara pihak PBT dan pemohon dalam memastikan ketepatan bahasa.

“Pada masa akan datang, jika kurang pasti rujuk DBP bagi mendapatkan kepastian, mesti rujuk,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");