Panasnya Hari Ini

Dr Mahathir, Mukhriz Dan Empat Lagi Gagal Kekalkan Status Quo Dalam Bersatu

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad, anaknya Datuk Seri Mukhriz dan empat lagi gagal dalam mengekalkan kedudukan keahlian dan jawatan mereka dalam Bersatu selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan mereka untuk injuksi ad-interim.

Bernama melaporkan, keenam-enam mereka, Dr Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik, Datuk Amiruddin Hamzah dan Datuk Marzuki Yahya telah memohon perintah ad-interim bagi mengekalkan kedudukan masing-masing, sementara menunggu permohonan injuksi utama kedua-dua pihak didengar pada 9 Julai ini.

Hakim Datin Rohani Ismail menolak permohonan injuksi ad-interim untuk beberapa deklarasi sementara menunggu perbicaraan injuksi inter parte berhubung saman mereka terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan dua lagi.

Pada 9 Jun, Dr Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq, Dr Maszlee, Amiruddin, Marzuki dan parti itu sendiri telah mengemukakan saman terhadap Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu dan pemangku pengerusi; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Kerja, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan, terhadap pembatalan keanggotaan mereka dalam Bersatu bulan lepas.

Peguam Muhyiddin, Rosli Dahlan memberitahu pemberita bahawa kesemua enam plantif yang mendakwa bahawa mereka masih anggota parti berkenaan tidak memperoleh injuksi ad-interim yang mereka tuntut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");