Perak Hari Ini

Galak Rakyat Bercucuk Tanam, Perak Peruntuk RM790 Ribu Kit Pakej Bumi Hijau

IPOH- Kerajaan Perak telah memperuntukan sebanyak RM790 ribu dengan menyediakan kit Pakej Bumi Hijau bagi menggalakkan masyarakat menanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan di halaman rumah.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bagi menyahut titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Program Tanaman Bumi Hijau 2020 yang dilaksanakan melalui Jabatan Pertanian bakal memberi manfaat kepada 11,081 isi rumah di negeri ini.

Katanya, permohonan kit berkenaan boleh dibuat di lawan web PPPNP dan penerimaan akan diterima melalui pejabat Adun masing-masing.

“Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat menanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan di halaman rumah.

“Kita berharap usaha ini dapat mencetuskan lalu menyemai kecintaan masyarakat terhadap bidang pertanian, bermula dengan mengusahakan ‘Kitchen garden’ atau taman sayur di halaman masing-masing.

“Usaha ini bukan sahaja sahaja membantu menghijaukan bumi kita, malah ia juga memberi pulangan kepada komuniti untuk mengurangkan perbelanjaan dapur, seterusnya menurunkan kos sara hidup,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan pelancaran Program Tanaman Bumi Hijau 2020 di Pejabat Menteri Besar, hari ini.

Bagaimanapun kata Ahmad Faizal, program berkenaan lebih berfokus kepada tanaman sendiri dan bukannya untuk jualan dimana ianya bernilai kira-kira RM71.

“Kempen kita adalah untuk tanam dan makan sendiri kemudian ada lebihan, kita sedekah, tetapi kalau terlalu banyak dan boleh menjana ekonomi, apa salahnya namun, sebaik-baiknya dicadangkan tanam untuk makan sendiri dan kalau lebih diberikan kepada jiran,” katanya.

Sementara itu katanya, ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan negeri memandang masalah keselamatan makanan adalah amat penting.

“Tentunya ini adalah usaha sebelum Covid-19 di mana ai adalah untuk memperhebatkan lagi industri pertanian.

“Oleh kerana saya nampak PKP ini masalah keselamatan makanan amat penting, maka saya perhebatkan lagi dan saya dapati amat penting untuk kita meluaskan lagi pertanian dalam bandar untuk bandar-bandar besar seperti Ipoh, Taiping, Teluk Intan, Kampar dan menjadi mampan untuk tanaman-tanaman kontan sekurang-kurangnya.

“Ini adalah antara usaha yang sedang dirangka oleh pihak kerajaan dan saya berpandangan bahawa pertanian adalah industri yang paling mudah untuk kita dampingi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");