Perak Hari Ini

Geng David: Polis Berjaya Memberkas Sekumpulan Suspek Samun Bersenjata

BAGAN SERAI- Sekumpulan lelaki india dikenali sebagai ‘Geng David’ yang dipercayai terlibat dalam kes samun berkawan bersenjata berjaya diberkas pihak polis selepas risikan dijalankan melalui laporan samun disebuah rumah.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan dilakukan selepas laporan dibuat pada 14 Mac 2020 oleh mangsa samun yang mana anggaran kerugian lebih kurang RM57,000.

Menurut beliau, dalam kejadian ini, pengadu dan ahli keluarga telah kerugian barang kemas dengan anggaran kerugian lebih kurang RM57,000 termasuk sebuah Perodua Myvi yang dilarikan suspek selepas keluar dari rumah tersebut.

“Hasil daripada risikan pihak polis bahagian siasatan jenayah IPD Kerian, pada 29 Mac hingga 21 Mei 2020 terdapat lapan tangkapan lelaki India telah dibuat dipercayai terlibat dalam kes samun berkawan bersenjata.

“Semasa tangkapan kedua dibuat, pihak polis telah merampas semula kenderaan yang dilarikan oleh suspek dan semua komponen kenderaan tersebut telah dileraikan.

“Hasil daripada soal siasat ke atas suspek juga telah membawa kepada penemuan barang kes yang dilaporkan hilang antaranya sebentuk loket emas yang telah dipajakkan di sebuah kedai pajak di daerah Ampang, Selangor,” katanya dalam satu sidang media di IPD Kerian, hari ini.

Ujar beliau, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 45 tahun tersebut telah ditangkap di tempat yang berasingan hasil risikan daripada pihak polis.

Tambah beliau, semakan melalui rekod kompol mendapati kesemua tangkapan mempunyai rekod kesalahan lampau dalam pelbagai kesalahan jenayah dan juga narkotik.

“Dengan tertangkapnya kesemua tangkapan, pihak polis telah berjaya menyelesaikan kes samun di daerah Kerian.

“Soal siasat ke atas suspek juga telah membongkar kes jenayah seumpama ini yang dilakukan oleh suspek bukan sekadar di daerah Kerian malah tangkapan juga terlibat dalam kes samun di Kulim, Kedah dan pecah kedai di sekitar Ampang, Selangor,” katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana telah merompak berkumpulan dan bersenjata yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");