Perak Hari Ini

Geng Remaja Curi Motosikal Tidak Berkunci Tumpas

BAGAN SERAI- Seramai empat orang remaja berusia lingkungan antara 15 tahun hingga 18 tahun ditahan selepas kegiatan mencuri motosikal di kawasan Daerah Kerian dihidu oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata modus operandi suspek adalah dengan meronda di sekitar kawasan perumahan dan melihat mana-mana motosikal yang tidak berkunci.

Katanya, hasil siasatan dan maklumat risikan dijalankan oleh pihak polis ke atas kes kecurian motosikal di tiga kawasan di sini iaitu Tanjung Piandang, Simpang Lima dan Kuala Kurau.

“Trend geng ini mencuri motorsikal adalah sekitar waktu tengah malam antara jam 12.00 tengah malam hingga awal pagi.

“Modus operandi saspek akan meronda di sekitar kawasan perumahan dan melihat mana-mana motosikal yang tidak berkunci manakala suspek akan menolak motosikal tersebut dan menunda dengan dibantu rakan sejenayah yang lain,” katanya.

Menurut beliau, motorsikal yang dicuri akan dileraikan dan bahagian rangka motor akan dibuang ke dalam tall air Simpang Lima.

“Bagaimanapun, bahagian enjin, rim dan fork motor akan disimpan oleh suspek untuk kegunaan sendir,” katanya

Dalam pada itu ujar beliau, rampasan yang dibuat telah menemui dua buah motorsikal dan dua buah enjin motosikal jenis Modenas serta Demak.

Bagaimanpun menurut beliau, suspek tidak mempunyai sebarang jenayah lampau dan hasil saringan ujian air kencing keatas kesemua tangkapan mendapati air kencing adalah negatif.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");