Perak Hari Ini

Hotel Di Perak Pula Terima 1,030 Tempahan Selepas PKPP Diumum

IPOH- Persatuan Hotel Malaysia (MAH) kini boleh menarik nafas lega setelah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yadin mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun sekaligus membenarkan sektor pelancongan beroperasi semula.

Ekoran daripada perkara tersebut, kerajaan Perak memaklumkan bahawa industri perhotelan negeri ini telah menerima sebanyak 1,030 tempahan hotel dalam tempoh berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, data tersebut diterima secara terus dari sebahagian 40 pengusaha hotel sahaja di negeri ini.

“Daripada 40 pengusaha tersebut, data yang diterima adalah kurang daripada jumlah berkenaan malahan masih terdapat pengusaha yang belum lagi membuka tempahan di mana terdapat melebihi 100 pengusaha hotel yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTAC).

“Jadi terdapat lebih kurang 1,030 tempahan setakat hari bagi lokasi di Ipoh, Pangkor dan Taiping,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa menghadiri bengkel dan program taklimat serta garis panduan amalan terbaik untuk pengusaha produk pelancongan bagi negeri Perak Pasca Covid-19, di Lost World of Tambun, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman.

Bagaimanapun katanya, pembukaan semula industri pelancongan negeri akan dititikberatkan oleh pihak kerajaan negeri dalam memastikan pengusaha-pengusaha hotel dapt mengikut sistem operasi standart (SOP) yang telah ditetapkan melalui bengkel berkenaan.

“Kerajaan negeri telah mewujudkan satu jawatankuasa pemantau di mana mereka akan memastikan pengusaha mengamalakan garis panduan dan amalan baik malahan jawatankuasa berkenaan juha akan turut ke lapangan dalam memastikan perkara tersebut dilakukan.

“Jadi, kita akan sentiasa memastikan ianya berada di landasan yang betul bagi memastikan kita bersedia untuk menerima kunjungan para pelawat tersebut,” katanya.

Tambah beliau, pengusaha yang sudah ataupun belum mendaftar dengan MOTAC perlu juga mendaftar skim berkenaan dengan pihak Tourism Perak.

“Kita tidak boleh buka secara rambang kerana akan berlaku masalah jika tidak berada di landasan yang betul.

“Kita akan anjurkan untuk hotel-hotel supaya mengamalkan penjarakan sosial malahan dari segi kapasiti pihak hotel juga tidak boleh beroperasi secara penuh kerana ia tidak akan mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya.

Ujar beliau lagi, perkara yang dilakukan kerajaan negeri adalah sebagai fasa pertama dalam memastikan dapat memberi peluang kepada pemain industri pelancongan selepas pasca Covid-19 ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");