Perak Hari Ini

Isu Perbalahan Politik: Jangan Buang Masa Polis

ULU KINTA- Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan pemimpin dan ahli politik supaya tidak sesekali menyalahgunakan kebebasan yang diberikan dengan terburu-buru membuat laporan polis bagi setiap perbalahan politik yang timbul.

Katanya, tindakan mereka itu juga disifatkan seperti memperlekehkan tugas polis yang mempunyai bebanan tugas yang lebih penting untuk negara.

“Saya anggap ini sebagai yang memperlekehkan suka suka membuat laporan polis, sikit-sikit lapor polis, buang masa, tolonglah…

“Kalau ada perbalahan politik jangan keluar daripada melibatkan orang ramai menimbulkan keresahan orang ramai tak berdosa tak ada kena mengena pun dan seboleh bolehnya biarlah dalam ruang lingkup mereka nak buat report polis kena siasat membuang masa anak buah saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media selepas Majlis Penyampaian Pangkat Posthumous Skim Ex-Gratia Kerja PDRM dan Faedah Terbitan Bagi Koperal Safuan Mohamad Ismail di Mes Pegawai Kanan Briged Utara, di sini, hari ini.

Hamid berkata demikan sebagai mengulas beberapa orang pemimpin politik sebelum ini yang dipanggil ke Bukit Aman untuk dirakamkan kenyataan berhubung laporan polis yang dibuat oleh individi tertentu.

Katanya lagi, tindakan memanggil beberapa pemimpin politik adalah bagi melengkapkan proses siasatan laporan yang dibuat mengikut garis panduan berdasarkan peruntukan undang-undang, termasuk merakam percakapan.

Tambah beliau, PDRM juga tidak pernah diberikan sebarang tekanan untuk menekan mana-mana individu, kumpulan atau pemimpin parti politik.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan para pemimpin politik untuk lebih bertanggungjawab dan memberi ruang kepada pihak polis menyelesaikan isu berkenaan keselamatan negara dan covid-19.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");