Berita Hari Ini

‘Jemput kita Imarahkan Semula Masjid, Surau’

KUALA LUMPUR — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri mengajak umat Islam mengunjungi semula masjid selepas dilarang berbuat demikian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

ProjekMM melaporkan, Zulkifli berkata, hasil laporan diterima mendapati terdapat penurunan kehadiran jemaah di beberapa masjid termasuk Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

“Jemput kita imarahkan semula masjid, surau Jumaat dan surau dalam zon hijau dan zon kuning di Wilayah Persekutuan bagi yang berhampiran. Pastikan patuhi semua SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan.

“Bagi negeri-negeri lain, boleh rujuk dan patuhi arahan semasa pihak berkuasa agama negeri,” katanya di Facebook, hari ini.

Kerajaan sebelum ini membenarkan masjid dan surau di kawasan zon hijau dan kuning beroperasi semula dengan syarat mematuhi SOP ditetapkan.

Jumlah jemaah dibenarkan pula adalah suku bahagian atau 1/3 daripada had kapasiti ruang solat utama.

Terdahulu, Zulkifli turut memberitahu bahawa kerajaan tidak menetapkan had umur bagi jemaah yang ingin menunaikan ibadah di masjid dan surau.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada tahap kesihatan jemaah berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");