Perak Hari Ini

Kanak-Kanak, Warga Emas Boleh Makan Di Restoran, Namun Tak Digalakkan

IPOH- Kerajaan negeri tidak meletakkan sebarang syarat had umur kepada pengunjung untuk makan di restoran selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara tersebut akan dilaksanakan mengikut ketetapan yang dibuat kerajaan persekutuan.

“Kita boleh bawa ibu bapa, anak-anak, penjaga di mana boleh menikmati makanan dalam restoran malahan mereka tidak akan dikenakan kompaun kerana larangan tersebut tiada dalam peruntukan Akta 342 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit.

“Bagaimanapun, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan negeri sendiri bersetuju dengan pandangan bahawa orang ramai dinasihatkan untuk tidak membawa kanak-kanak dibawah umur 12 tahun untuk pergi ke tempat awam, pusat beli belah termasuklah makan di restoran kerana kanak-kanak ni antara golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat Covid-19 begitu juga golongan yang berusia.

“Warga emas kita nasihatkan jika tiada keperluan mendesak, tidak perlulah keluar ke tempat-tempat awam yang sesak, berkumpul seperti di restoran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media hari selepas Majlis Pegumuman Pemenang dan Penyampaian Sijil Penghargaan Ujian Tilawah Al Quran Remaja Dalam Rakaman Video Peringkat Negeri Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Mohd Akmal Kamarudin.

Jelas beliau, orang juga juga perlu memahami ketetapan yang dibuat oleh kerajaan di mana golongan berkenaan sebenarnya dibenarkan berada di restoran namun digalakkan untuk tidak berbuat demikian bagi menjaga kesihatan.

“Saya harap orang ramai mendapat maklumat tepat dari kerajaan, ini kenyataan rasmi dari kerajaan bahawa mereka sebenarnya dibenarkan tetapi dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian jika tiada keperluan mendesak.

“Perak benarkan tetapi dengan nasihat jika benar-benar ada keperluan di mana rakyat perlu bijak dlm perkara ini dan rakyat kena faham bagaimana penularan wabak ini berlaku,” katanya.

Katanya, perkara tersebut merupakan pandangan kerajaan Perak yang menyokong tindakan dibuat kerajaan Persekutuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");