Berita Hari Ini

Kebenaran majlis perkahwinan, buka peluang kerja

Keputusan kerajaan membenarkan majlis perkahwinan diadakan semula mulai bulan depan dapat membantu 200,000 pekerja dalam industri perancangan majlis.

Presiden Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan (PPMPM), Zarinah Mohideen, berkata langkah itu juga merancakkan semula industri penganjuran majlis perkahwinan dan dijangka membuka peluang pekerjaan kepada penganggur di negara ini.

Katanya, persatuan itu bersedia bekerjasama dengan kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan di sektor majlis perkahwinan.

“Ini adalah usaha kami membantu kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran yang semakin meningkat selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Cadangan ini akan dibincangkan dalam pertemuan dengan ahli-ahli persatuan dalam waktu terdekat ini,” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada keputusan kerajaan membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk perkahwinan dan pertunangan bermula 1 Julai ini.

Menteri Kanan (keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata selain itu majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, majlis sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari jadi serta majlis ‘reunion’ juga dibenarkan dan dihadkan masanya untuk tempoh tiga hingga lima jam dengan kapasiti kehadiran tidak lebih 250 orang.

Zarinah berkata, dengan keputusan itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua ahli persatuan untuk memberi penerangan mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk majlis perkahwinan.

Beliau turut berterima kasih kepada Persatuan Kesihatan dan Keselamatan (MiSHA) yang bekerjasama dalam menyediakan cadangan SOP itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");