Perak Hari Ini

Kelab-Kelab Bola Yang Lain Juga Boleh Mulakan Sesi Latihan: MB Perak

IPOH- Kerajaan Perak memberi kebenaran kepada kelab-kelab bola sepak yang lain untuk memulakan sesi latihan setelah hampir beberapa bulan ianya perlu dihentikan ekoran daripada penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda seluruh negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, mana-mana kelab lain selain Pasukan The Bos Gaurus boleh melakukan sesi latihan dengan syarat perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Terdahulu Ahmad Faizal mengumumkan bahawa kerajaan negeri telah membuat sedikit pindaan terhadap SOP yang diumumkan oleh kerajaan Persekutuan mengenai latihan sukan berpasukan.

“Boleh buat latihan, cuma mereka perlu memaklumkan kepada persatuan bola sepak dimana mereka akan aturkan.

“PAFA juga pun, mereka hanya melakukan latihan kecergasan sahaja kemudian kita ada dua sesi iaitu pagi dan petang. Bukan semua satu kumpulan diberi latihan tetapi mereka dipisahkan kepada dua sesi,” katanya kepada media hari ini.

Katanya, pemain bola boleh lakukan latihan tetapi perlu mengikuti segala sistem operasi standart (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui kelab sukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");