Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Sedia Bantu Lagenda Negara Derita Kanser

TAIPING- Kerajaan negeri Perak sedia menanggung kos rawatan legenda bola sepak negara, Datuk Namat Abdullah yang kini sedang menderita akibat kanser usus tahap empat.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Khairul Shahril Mohamed berkata, kerajaan negeri tidak akan mengabaikan kesihatan Datuk Namat iaitu atlet lagenda yang pernah mengharumkan nama negara.

“Kita tidak akan mengabaikan atlet negara namun kadang kala, kerajaan negeri tidak mendapat sebarang maklumat. Jadi, jika ada yang terlepas pandang, kita harap akan ada pihak yang memaklumakan supaya tindakan dapat diambil.

“Saya yakin kerajaan negeri tidak akan melupakan bekas-bekas atlet terutamanya Datuk Namat di mana beliau merupakan antara insan yang melayakkan Malaysia ke Sukan Olimpik,” katanya ketika ditemui media semasa mengadakan lawatan ke Changkat Larah, hari ini.

Menurut beliau, pihak kerajaan negeri juga ada membuat perbincangan mengenai kesihatan Datuk Namat sama ada pemberian sumbangan bagi memudahkan rawatan ataupun dari segi kos.

“Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah membantu beliau, namun pihak kerajaan negeri juga akan turut menyumbang.

“Namun, komitmen kerajaan negeri selain dari sumbangan adalah untuk menyelesaikan rawatan beliau walaupun ramai sahabat-sahabat yang ingin menyumbangkan tetapi kerajaan negeri akan melengkapkan supaya bantuan kepada beliau tidak terputus,” katanya.

Bagaimanapun, Datuk Namat kini tinggal di kediaman anaknya yang terletak di Changkat Larah, Taiping.

Dalam pada itu menurut isteri beliau, Datin Mahani Sulaiman, kesihatan suaminya kini juga sudah semakin membaik setelah diberikan rawatan.

“Namun begitu, jika Datuk ingin bergerak atau membersihkan diri, beliau masih perlu dibantu oleh saya,” katanya.

Katanya, suaminya juga berasa begitu gembira dan bersemangat jika ada sahabat yang datang melawat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");