Perak Hari Ini

Kesatuan Sekerja Tuntut Tindakan Serta Merta UEM Edgenta

IPOH- Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia menggesa UEM Edgenta Bhd (UEM Edgenta) supaya mengambil tindakan serta merta terhadap tuntutan mereka.

Setiausaha Eksekutifnya, M. Sarasvathy berkata tuntutan tersebut termasuk menghentikan segera segala gangguan dan tekanan sehingga menyebabkan pekerja tertekan dari segi mental dan fizikal oleh pihak Edgenta UEMS.

Katanya, tekanan tersebut adalah dari pihak atasan iaitu Regional Manager, Penyelia dan Penolong Penyelia UEMS yang mengugut pekerja supaya tidak menyertai kesatuan.

“Kesatuan adalah penting, tanpa kesatuan tiada siapa yang mampu membela pekerja misalnya kerajaan telah memberikan cuti umum namun tanpa kesatuan, majikan menyuruh kami berkerja seperti biasa, malahan jika tiada kesatuan siapa ingin bantu pekerja kerana majikan sentiasa memberikan alasan.

“Kesatuan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Regional Manager UEMS, Ketua Penyelia serta Penyelia UEMS di semua hospital terutamanya di Hospital Ipoh yang memberikan tekanan kepada pekerja dan ahli kesatuan serta menjejaskan keharmonian industri di tempat kerja.

“Pekerja serta ahli kesatuan berasa tertekan dan sukar untuk menjalankan rutin seharian mereka,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Menurut beliau, tuntutan Kesatuan termasuk membenarkan kesatuan dalam semua hal ehwal pekerja di semua hospital serta menjamin keharmonian bagi pekerja-pekerja di tempat kerja.

“Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga disalahgunakan di mana mereka mengambil kesempatan dengan mengganggu, mengugut dan memaksa pekerja serta ahli kesatuan dengan niat jahat untuk membunuh Kesatuan.

“Kata mereka, jika sertai Kesatuan maka mereka akan dipecat dari kerja, tetapi sepanjang Covid-19 kita mahu menjaga pekerja malah majikan juga perlu menjaga kesihatan mental dan juga fizikal pekerja,” katanya.

Terdahulu, UEM Edgenta menjelaskan bahawa pihaknya telah melaksanakan tindakan dan langkah-langkah keselamatan untuk menjaga kesihatan dan keselamatan pekerjanya sepanjang wabak Covid-19.

UEM Edgenta merupakan syarikat tersenarai awam yang turut menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada industri yang berlainan, termasuk perkhidmatan sokongan hospital, pengurusan kemudahan bersepadu serta penyelenggaraan lebuh raya dan jalan raya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");